
Antara sebahagian hantaran yang saya reka khas untuk majlis tersebut yang saya gelarkan buah-buahan cinta. Saya gunakan unsur dan warna harmoni untuk menaikkan seri hantaran tersebut. Pengalaman ini saya kutip semasa saya menjadi guru subjek Pendidikan Seni Visual di Sekolah Menengah Sinar Bintang, di Kuala Lumpur. Jika saya berkesempatan,saya akan melampirkan koleksi barangan hantaran yang lain dan yang paling terbaru saya mendapat tempahan membuat hantaran untuk pihak lelaki sempena perkahwinan yang akan diadakan di Hotel Flamingo pada 4 Disember nanti.